Wednesday, July 25, 2007

Pai Kentang Dan Daging


Dah lama tak update blog ni...sejak busy dengan beberapa tempahan kek..aduhai sampai ada yg komplen dah..Ok ada bebarapa resepi yg dalam simpanan Mariam nak share dengan kengkawan yg sudi melawat blog Mariam ni..

Pai Kentang Dan Daging
Sumber: Mesra.

Bahan-Bahan:
Bahan untuk pastri
1 kg kentang
1 buku mentega
¾ cawan tepung gandum

Bahan inti
350 gm daging kisar
250 gm sayur campur
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang
3 sudu besar rempah kari
garam
minyak untuk menumis

Cara:
1. Rebus kentang hingga empuk dan lecek.
2. Campurkan mentega dan tepung gandum ke
dalam adunan kentang.Gaul Rata.
3. Sendukkan adunan ke dalam bekas kaca
tahan panas yang telah dilenser
dengan mentega. Ratakan di bawah dan
sekeliling bekas kaca tersebut.
4. Masukkan inti dan tutup dengan lebihan
pastri tadi.
5.Untuk membuat inti,panaskan minyak.
Masukkan bawang putih dan bawang
merah.Goreng hingga layu.Masukkan
rempah kari yang dibancuh bersama
air.Tumis hingga naik minyak.
6.Masukkan daging,sayur campur,daun sup
dan daun bawang serta garam.
7.Masak hingga daging empuk dan airnya
kering.Masukkan inti kedalam pastri.
8. Bakar pai hingga kekuningan

Cadangan Hidangan:
Enak di makan panas-panas bersama sos cili.

Best buat minum petang,selamat mencuba...tapi ni bukan favourite family..diaorg tu semua tekak orang kampung..tak leh masuk benda ni semua...huhuhu...manalah Mariam ni tak gemuk..asyik jadi tukang perabih jer.

No comments:

Snap Shots

Get Free Shots from Snap.com