
Seperti biasa dah lama tak update apa apa..cuma hari ni mariam nak update beberapa resepi yg mariam biasa guna untuk buat tart..kebetulan ada tempahan untuk jamuan pejabat cousin..check it out.
Pastry
6oz butter (lebih sedap guna unsalted)
3oz gula icing
1 egg
11oz rose flour (guna gandum pun boleh)
1/2tsp vanilla essence
Cara caranya
1. pukul gula dan butter sehingga lembut,masukkan telur,dan vanilla essence
2. masukkan tepung dan gaul agak agak sehingga jadi mcm crumbs..(tak payah nak uli beria ia..nanti shells tak rapuh)
3. Tutup dengan kain dan masukkan dalam fridge dalam 30 minit
4.Keluarkan dari peti sejuk.mula letakkan dalam acuan tart..mariam biasa guna tangan jer..sebab boleh agak ketebalan..cucukkan dengan garfu
3. bakar dalam oven dengan suhu 160 - 180 darjah,selama 30 minit atau sehingga masak.
Nota Penting : Bagi tujuan membuat cheese tart dan egg tart,bakar shells dalam lingkungan 10 minit sahaja,keluarkan letakkan filling dan bakar semula sehingga filling masak.FILLING TAT
Cheese Cream Fillings (for about 40 mini tarts)
250g cream cheese Philadephia
60g castor sugar
2oz butter
1 egg
Cara cara
Campurkan semua bahan dalam mixer dan pukul hingga sebati,setelah semuanya sebati masukkan dalam shells yg telah separuh masak tadi dan bakar semula.
*if u all nak buat nak ada blueberry,just letak blueberry paste tu sebelum letak cream cheese..or ikut suka u all nak buat camna..ok
Egg Tart Filling 1 tsp. vanilla esen
2/3 cup gula castor
2/3 cup air masak
1/3 cup susu segar/susu cair..(ikut u all,mariam dah try dua dua..pun hasilnya sedap)
4 eggs,pukul perlahan.
Cara cara
Cairkan gula dengan air tadi
Pukul telur dalam susu perlahan lahan,masukkan vanilla esen
satukan kedua dua campuran tersebut.
Dan tuangkan kedalam tart shell...ready utk dibakar
Fruit Tart Filling1 kotak susu segar (pek 1 liter)
250 gm kuning telur
100 gm tepung custartd
200 gm gula
Buah-buahan
Cara cara
Untuk membuat krim kastard, masukkan kesemua bahan krim ke dalam periuk & kacau di atas api yang sederhana sehingga pekat. Bila sudah masak, dinginkan dalam peti sejuk.
*Kebiasaan yang mariam buat,sebelum letak filling custard,mariam akan sapukan shells dengan chocolate cair dahulu..biar chocolate beku seketika,baru masukkan custard kedalam shells,letakkan buah buahan dan glaze dengan instant jelly.
KEEP TRYING..